Tuesday, May 13, 2008

PRONOTON !! Hentikan Segera

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk tradisional `Pronoton’ kerana ia mengandungi racun berjadual `analog sildenafil’ yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman berkata pendaftaran produk itu sudah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dengan preksripsi doktor,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Eisah berkata penggunaan produk tradisional mengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.


Mereka dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya serta-merta.

oklah... tu ape yang aku dapat dari sebuah forum.. haaa. korang pernah dengar ke pasal ubah nie??? aku bukan ape laaa kan kekadang pelik2 tgk sesetengah org nie obses sangat nak lawa nak cantik nak hensem nak macho nak badan ketak2 nak kurus*adehhh cam kena kat aku jek

sangaup nie apsal ade org advertise jek beli test sana sini... sanggup telan ubat sebesar penumbuk pun.. tak kisah janji berkesan... padahal blom tau lagi nie berkesan ke tak... ala2 tikus makmal laa kan korang sanggup test hehehhee....

bukanya ape.. lately nie banyak sangat ubat tradisional lah ubat moden lahh... jamu pun ade sekang nie cam cendawan selepas hujan kat pasan... ewah cam best tag line aku :P

ape ape pun korang pk laaa sendiri... dah kerajaan buat hospitak klinik bebanyak korang rujuk laaa ngan doktor yang bertauliah sebelum mulut korang berbuih mata terbeliak... masa tu korang takyah laa nak nyesal bebaik lawa trus hodoh... sapa nak jwab...

No comments: